KEMTA yang mula beroperasi sejak 1973 tidak lagi digunakan sebagai tempat tahanan perlindungan selepas kerajaan membuat keputusan memansuhkan ISA dan enam tahanan terakhir dibebaskan kelmarin.
Sepanjang operasinya, ISA berjaya menyekat pelbagai cubaan dan gerakan
yang mengancam keselamatan negara seperti Parti Komunis Malaya (PKM),
kegiatan subversif, pelampau agama, sentimen keagamaan dan perkauman,
risikan dan pengganas.
Antara kumpulan militan yang pernah ditahan mengikut ISA ialah Kumpulan Pelampau Militan Islam, Gerakan Acheh Merdeka, Pertubuhan Pengganas Antarabangsa, Jemaah Islamiah Darul Islam dan Gerakan Pemisah Selatan Thai.
Penolong Komisioner Penjara, Mohd Roslen Ramli, berkata statistik itu terbukti ISA berjaya memainkan peranannya bukan saja membendung, malah mencegah sebarang gerakan yang mengancam keselamatan negara.
Berjaya pulih tahanan
Katanya, sepanjang kewujudannya selama 40 tahun, KEMTA pernah menempatkan 1,702 anggota PKM dan pro-komunis, 38 pelaku subversif, 115 pelampau agama, 40 tahanan membangkitkan sentimen keagamaan dan perkauman, risikan (16), pengganas (193) dan penyeludupan manusia (159).
Ia juga pernah menjadi pusat perlindungan bagi 66 individu terbabit dengan kegiatan mencetak syiling palsu, dokumen palsu (433), aktivis reformasi (tujuh) dan seorang individu terbabit dengan pembekalan komponen nuklear.
“Jika mengambil kira daripada statistik itu, jelas terbukti ISA berjaya mencegah dan memulihkan individu terbabit pelbagai kegiatan yang mengancam keselamatan negara,” katanya.