[http://www.malaysiakini.com/news/233002]
Empat
orang isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari
Tawau, Sabah melawat suami mereka di kem tahanan Kamunting, Perak sejak
semalam dalam satu lawatan yang dianjurkan NGO Gerakan Mansuhkan ISA
(GMI).
Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Ahmad Syukri Ab Razab berkata keempat-empat mereka datang dari Tawau, Sabah dan memohon untuk melawat suami mereka masing-masing sebanyak tiga kali.
Syukri berkata permohonan itu dibuat kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, dari Tawau ke Taiping dan setiap sesi lawatan pula hanya berlangsung sekitar 45 minit sahaja.
Bagaimanapun, katanya, pihak kem tahanan hanya membenarkan mereka melawat sebanyak dua kali iaitu semalam dan jam 10 pagi hari ini.
"Paling lama pun mereka akan dibenarkan bertemu suami mereka selama sejam sahaja," kata Syukri ketika dihubungi Malaysiakini hari in.
Menurut Syukri lagi, pihak peguam GMI cuba berusaha memohon kebenaran pihak kem untuk lawatan buat kali ketiga esok sedangkan pihak kem yang didakwanya memberikan alasan permohonan itu sepatutnya dibuat lebih awal.
Bagaimanapun, kata Syukri, sebarang urusan lawatan selama ini hanya dilakukan di pintu masuk kem pada hari lawatan.
Dalam kenyataan GMI Selasa lalu, NGO itu mendakwa seramai 15 orang tahanan ISA masih berada di kem tahanan Kamunting dan berdasarkan perintah tahanan, mereka dijangka dibebaskan pada Januari tahun depan setelah genap dua tahun tempoh tahanan.
Akta ISA dimansuhkan secara rasmi pada 22 Jun tahun lalu dan diganti dengan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali dengan SOSMA.