mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Mei 29, 2013
TUNGGU KEMUNCULAN MP BARU PAS DI PARLIMEN!!
KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan penuh ahli-ahli parlimen PAS akan menunjukkan kualiti yang terbaik pada persidangan kali ini apabila perancangan yang teliti dilakukan selain dibantu oleh pakar-pakar dan pemikir.
# PEMIKIR PAS- PPP, PIKAP, JUHAM dan LUHAM
HARGA KERETA KERAJAAN 'WAJIB' TURUNKAN!
Pakar ekonomi yang dihubungi Sinar Harian Online bagaimanapun menjangkakan masa terbaik untuk pembelian kereta mungkin berlaku selepas pembentangan Bajet 2014, akhir tahun ini.
Menurut Ketua Penyelidikan dan Perundingan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat mungkin bermula sebaik belanjawan dibentangkan.
“Sungguhpun penurunan 30 peratus dilakukan secara berperingkat, pembeli masih berpeluang merasai penurunan harga walaupun pada kadar 6 peratus setahun," katanya.
RUJUK:: http://www.sinarharian.com.my/penganalisis-paling-sesuai-beli-kereta-hujung-tahun-ini-1.165248
HIMPUNAN BLACK OUT DATANG LAGI JUN 2013!!!!!!!!
Empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:
10 Jun - Perlis
11 Jun - Sungai Petani, Kedah
12 Jun - Kota Bharu, Kelantan
14 Jun - Batu Pahat, Johor
#PENGANJUR AKAN MEMOHON KEBENARAN DENGAN PIHAK PDRM, USAH RISAU!!!
10 Jun - Perlis
11 Jun - Sungai Petani, Kedah
12 Jun - Kota Bharu, Kelantan
14 Jun - Batu Pahat, Johor
#PENGANJUR AKAN MEMOHON KEBENARAN DENGAN PIHAK PDRM, USAH RISAU!!!
CADANGAN UNTUK PENDIDIKAN DI SABAH!
WAHAI
MENTERI PELAJARAN DAN TIMB MENTERI PELAJARAN... BALIK BALIK DISEBUT,
SABAH RANKING 'EHEM EHEM' DALAM SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM BAIK
UPSR-PMR-SPM-STPM?... [MAAF JIKA SILAP]...
MAKA DI SINI, ADA CADANGAN :-
1) BANGUNAN KHAS UNTUK Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) DI SABAH YANG
MENGURUSKAN BILANGAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG BANYAK SPT PPD
TAWAU. (detail di bawah sekali) ***
2) PELUANG 'JAWATAN' DIPERLUASKAN DEMI MERINGANKAN TUGASAN PENDIDIKAN
CTH - hal pengurusan generator / elektrik /paip eloklah ada jurutera
khas atau buka perjawatan Pegawai Kejuruteran Awam Sekolah kah? selama
ini ada sekolah Cikgu menunggu lori minyak datang... terpaksa tinggal
pnp.. lari ke stor genset..
3) JIKA ADA PROJEK NAIK TARAF
SEKOLAH TU DIPANTAU... BIMBANG DUIT BANYAK ABIS DI TENGAH JALAN..
SEKOLAH KAYU JATI TAK APA.. BIMBANG KAYU MAU REPUT, BAJET HILANG ENTAH
KE MANA...
============================== ===========
***
TAWAU BAGAIKAN SEBUAH NEGERI DI SEMENANJUNG, LAYAK SANGAT RASANYA
MEMOHON BAJET KHAS UNTUK 'TRANSFORMASI' PENDIDIKAN SPT YANG YB DATUK
MARY YAP INGINKAN... AMACAM?
* PPD TAWAU [dengan 21 buah Sek
Men dan 59 Sek Rendah] saya lihat bagaikan Jabatan Pelajaran Negeri
Perlis(negeri saya).. Saya ambil contoh negeri saya yang kecil tu sebab
negeri lain saya tak tau sangat..
Cuma JPN Perlis mempunyai
Bangunan Khas setinggi 4 tingkat jika tak silap... menguruskan 27 buah
sekolah menengah DAN 74 buah sekolah rendah spt di bawah..
SMK berjumlah 27 semuanya
1. SMK biasa 20
2. SM (Sains) 1
3. Kolej Vokasional 1
4. SM Vokasional 1
5. SMKA (agama) 4
SEKOLAH RENDAH semua 74 buah:-
1. 3 SRI (Sekolah Rendah Islam)
2. 11 SRJK (C)
3. 53 SEK biasa
4. 1 SK Inst Pendidikan Guru
5. 3 SK (Felda)
6. 3 SRK (Misionari)
Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita??
Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita
Harakahdaily, | 29 Mei 2013 |
(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)
Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).
(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)
Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).
Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.
Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.
Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.
Isnin, Mei 27, 2013
Mulakan kerja PRU 14 dari sekarang
RUJUKAN :: | http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19532-mulakan-kerja-pru-14-dari-sekarang | Muhammad Faeez Azahar, | 26 Mei 2013 |
Timbalan Pengarahnya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, gerak kerja PAS bukan hanya di musim pilihanraya sahaja sebaliknya sentiasa berjalan tidak kira masa dan keadaan.
Jelas beliau, jentera perlu membuat ‘post moterm’ keputusan pilihanraya lalu dan mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam gerak kerja seterusnya mencari formula untuk penambahbaikan.
“Jentera harus mengkaji kekurangan yang ada, misalnya sokongan melayu masih tidak begitu memuaskan dan kita harus nilai kenapa perkara itu berlaku.
PAS jangka fail 20 petisyen PRU-13 [BERITA HARIAN]
PAS jangka fail 20 petisyen PRU-13
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen dan bantahan itu membabitkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Terengganu dan negeri lain.
Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
RUJUKAN ::http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASjangkafail20petisyenPRU-13/Article/?bh
TAHNIAH BAYERN!
Bayern cemerlang, gemilang
|
LONDON - Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes meninggalkan pasukan itu kepada penggantinya Pep Guardiola musim depan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi selepas beliau mencatat kejayaan cemerlang bersama Bayern musim ini termasuk meraih gelaran kelima Liga Juara-Juara di Stadium Wembley kelmarin.
Heynckes mengendalikan Bayern di Stadium Wembley itu dengan penuh emosi kerana bakal meninggalkan kelab tersebut musim depan, namun beliau antara individu paling gembira selepas pemain-pemain Bayern menghadiahkannya trofi keagungan Eropah selepas mereka membenam seteru utama, Borussia Dortmund 2-1 dalam aksi final.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2URLb455b
Hakcipta terpelihara
KEMENANGAN BN TIDAK TULEN KATA PR??? WHY? PR KENA TERIMA HAKIKAT KEKALAHAN KERUSI..
Terus berhimpun, PR pertahan undi popular
NIZAM ZAIN
26 Mei 2013
26 Mei 2013
Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, momentum itu perlu dikekalkan bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa parti pembangkang mendapat undi popular itu perlu dipertahankan meskipun mereka tidak memperolehi jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Malah jelasnya penganjuran perhimpunan jalanan itu juga dipercayai bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan pengundi khususnya yang masih mentah dan tidak memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sekaligus cuba mensabotaj kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.
“Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada mereka seolah-olah kemenangan BN itu tidak tulen.
Langgan:
Catatan (Atom)