mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Isnin, September 24, 2012
Ahad, September 23, 2012
Sabtu, September 22, 2012
Dr Khairuddin tarik diri daripada Murshid. MURSHID NI HEBAT...
SUMBER
Harakahdaily, | 22 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang lebih dikenali sebagai Dr Takiri
telah mengumumkan penarikan dirinya daripada menganggotai Multaqa
Asatizah dan Du'at (Murshid), sebuah NGO Islam yang menghimpunkan para
pendakwah dari pelbagai latar belakang.
Demikian menurut kenyataan ringkas dalam facebook beliau http://www.facebook.com/DrKhairuddinTakiri awal pagi ini tanpa menjelaskan sebarang sebab penarikan diri.
Kenyataan beliau adalah seperti berikut: "Saya dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi ahli MURSHID ( Multaqa Asatizah dan Du’at ). Moga MURSHID lebih maju dalam arena dakwah membawa mesej Islam. Saya bersedia untuk bersama MURSHID dalam apa sahaja program ilmu dan dakwah yang dianjurkan insyAllah”.
Dr Khairuddin merupakan seorang ahli perniagaan dan pendakwah yang cergas menyampaikan ilmu dan dakwah di samping penulisan buku serta artikel di majalah dan akhbar.
Beliau juga menjadi pengasas serta pengerusi bagi pusat pendidikan Islam Darul Fuqaha di Bangi, Selangor. Berkelulusan Bachelor dan Master dari dua universiti di Jordan dan PhD dari UKM, beliau sebelum ini merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2008.
MURSHID yang diasaskan setahun lebih yang lalu oleh sekumpulan pendakwah diketuai Dr Zaharuddin Abd Rahman mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini kerana kontroversi pembatalan tempahan dewan oleh Universiti Islam Antarabangsa untuk seminar politik anjuran MURSHID dua hari sebelum program pada 15 September lalu yang memaksa pemindahan lokasi seminar ke Dewan MBSA, Shah Alam.
Seminar tersebut menampilkan beberapa pimpinan parti pembangkang dan kerajaan dalam forum akademik.
Antara ahli-ahli MURSHID:
1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat)
2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
3. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman ( Setiausaha)
4. Dr. Zahazan Mohamed
5. Dr. Maszlee Malek
6. Dr. Abd Basit Abd Rahman
7. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
8. Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
9. Dr. Mohd Sukki Othman
10. Ustaz Roslan Mohamed
11. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin
12. Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir
13. Ustaz Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan
14. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
15. Ustaz Mohd Aizam Mas’ud
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisyam Tuan Padang
18. Ustaz Muhd Ramadhan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Abd Naser Abd Rahman

Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi. TAHNIAH PAS & PR!
SUMBER
Muhamad Faizal, Hazayani Zakaria, | 21 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.
Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.
Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.
Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.
Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.
Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.
Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.
"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.
Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.
Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.
Enggan bertemu
Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.
Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.
"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.
"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.
Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.
Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.
Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tiga kanak-kanak terbunuh, 13 cedera diserang lelaki berkapak. BANYAK SAKIT MENTAL AKHIR ZAMAN?
SUMBER
BEIJING 22 Sept. - Seorang lelaki yang mengalami masalah mental menyerang sebuah sekolah rendah dengan menggunakan sebilah kapak di selatan China semalam mengakibatkan tiga kanak-kanak terbunuh manakala 13 lagi cedera.Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa selepas serangan di daerah Pingnan, wilayah autonomi Guangxi.
Serangan itu memaksa pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah dan mahu supaya lebih banyak penyelidikan dilakukan bagi mengenalpasti punca serangan. - AFP
Iklan yang menyebabkan orang Yahudi marah
sumber
http://www.kakisembang.com, | 22 Sep 2012 |
Selepas
beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi
Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya
mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai
selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat
pil.
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.
Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"
Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
P/S: Tahu pun kamu marah Yahudi Laknatullah..Nanti lah kehancuran mu wahai YAHUDI..Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"
Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
Selasa, September 18, 2012
OPS 2020 DI IPTA KHASNYA DI UNIVERSITI MALAYA... MENGGERUNKAN PR?
SUMBER
Ops 2020 yang dikatakan perancangan rahsia BN dalam menguasai kampus telah terbongkar yang mana objektif ops 2020 ini adalah sebagai langkah terdesak BN dalam menguasai 20 IPTA di selurah negara. Mengapa idea ops 2020 ini dicetuskan?
Hal ini disebabkan, terdapatnya rasa kebimbangan apabila pilihan raya kampus dijalankan sedia kala ditakuti golongan mahasiswa yang dikatakan cenderung menyokong pembangkang menguasai kampus-kampus utama ini salah satunya ialah Universiti Malaya. Jika hal ini menjadi kenyataan, besar kemungkinan momentum ini kemenangan akan mempengaruhi iklim pilihan raya umum ke-13 yang datang.
Oleh yang demikian, idea ini dicetus, setidak-tidaknya ia boleh menyekat iklim PRU 13 yang kini kembali segar dan hangat dibincangkan dalam kalangan mahasisiwa.
Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.

MESTI BACA! Rayuan pertemu keluarga tahanan ISA di Manila
SUMBER
Ahmad Lutfi Othman, | 18 Sep 2012 |
Sempena perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Jamal dilepaskan pada 3 April 2009. Beliau ditahan tanpa bicara pada 2006 atas dakwaan menganggotai Darul Islam, yang dikatakan juga ada kaitan dengan perjuangan umat Islam Selatan Filipina.
Puaka akta drakonian, ISA, sepatutnya tidak lagi menghantui keluarga Nasima Jamal, 20 dan enam adik-adiknya yang lain, di samping ibu tersayang, Norhata Isnani. Namun Jamal tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga, di Batu 18, Sandakan. Mereka terus dipisahkan apabila Jamal, warga Filipina, dipindahkan ke penjara di Manila.
Saya sempat berkunjung ke kediaman mereka -- sebanyak dua kali -- yang begitu daif dan uzur. Terus terang, saya kecut perut ketika cuba memanjat tangga rumah sewa itu, untuk meninjau lebih dekat. Bukan bimbang tergelincir tapi risau kayu buruk itu patah.
Papan lantai rumah berlubang-lubang, sebahagiannya kelihatan reput. Tiada perhiasan. Kelengkapan rumah sekadar perlu. Di ruang depan, pada ziarah pertama kami, saya lihat ia lebih merupakan petak kedai runcit yang lusuh. Saya tidak pasti apa yang dapat dijual melainkan beberapa tin sardin, gula, tepung, ubat minyak dan satu dua barangan lain.
Tengahari Ramadan yang terik itu sememangnya cukup mengharukan. Saya saling berpandangan dengan rakan-rakan yang turut sama, Norlaila Othman, isteri tahanan Mat Sah Satray, wartawan Harakah, Aniz Nazri dan jurugambar Wan Zahari Wan Salleh; berkongsi kesedihan menatap ketabahan lapan beranak meneruskan kehidupan yang agak terasing daripada masyarakat sekitar.
Dari jauh kami datang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan pembaca Harakah, bagi membantu persiapan mereka dan lima enam keluarga tahanan ISA menyambut hari lebaran. Itu cerita lima tahun lalu.
Setahun selepas Jamal dibebaskan, bagi melepaskan kerinduan yang menyeksa Nasima dan adik-adiknya, Harakah turut mengusahakan mereka menemui ayah tercinta. Agak banyak peruntukan terpaksa dikeluarkan, untuk membawa mereka ke Manila, apatah lagi dalam keadaan kekurangan dokumen diri ada pihak yang mengambil kesempatan.
Saya sendiri pernah dihubungi Jamal yang mengadu keuzuran semasa dikurung di penjara. Getar suaranya membayangkan penderitaan, selain terselit rasa bimbangan terhadap nasib anak-anak dan isteri serta -- lebih-lebih lagi -- kerinduannya yang makin memuncak. Selepas talian telefon terputus, saya berazam bagi memastikan keluarga teraniaya itu dapat dibela, sekurang-kurangnya untuk mempertemukan mereka.
Sabtu lalu, Nasima mewakili ibu dan adik-adiknya sekali lagi membawa harapan sama; agar dapat dibantu menemui Jamal yang masih terpasong di Manila. "Walaupun kami baru saja mendapat bantuan dari pakcik Lutfi semasa Ramadan dan Aidilfitri lalu, saya terpaksa mohon sumbangan lagi untuk kami berjumpa ayah," kata Nasima, terputus-putus, yang kini menjadi pembantu kantin sekolah, dua jam perjalanan dari rumahnya. Beliau kini umpama ketua keluarga, sandaran adik-adik dan ibunya meneruskan kehidupan.
Beliau tidak perlu meluahkan rasa hati yang terpendam. Sesiapa pun dapat memahami gejolak rasa mereka yang secara kejam terpisah dengan orang tersayang, apatah lagi ketua keluarga. Segera saya terbayang raut wajah suram adik-adiknya yang pernah kami santuni, dua perempuan dan tiga lelaki: Nazeba (17 tahun), Nadeer (15), Wasim (13), Wajir (13), Nadzla (10) dan Nasim (9).
Sesiapa yang berhasrat untuk turut sama membantu Norhata dan anak-anaknya ke Manila, juga menampung kos sara hidup selama mereka di sana (mungkin selama dua bulan), bolehlah terus menyumbang ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.
Maaf jika saya separuh mendesak,dan kehilangan kata-kata untuk membuat rayuan ini, namun saya yakin dengan sikap murah hati dan dermawan pembaca Harakah. Kerinduan si ayah yang keuzuran dan terpenjara jauh dari anak dan isteri sewajarnya dirawati segera. Terima kasih bagi yang sudi membantu. Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)