Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0 dijalankan semalam.
"Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.
"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya.
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, April 29, 2012
Bersih 3.0: PAS ucap tahniah ikut arahan pemimpin.
sumber
29 Apr 2012 |
Bagi pihak pimpinan PAS, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.
Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan.
Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh Allah. Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0.
Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima. Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
PENYOKONG PUKUL POLIS INI MEMBABI BUTA? SALAH LA PUKUL POLIS MEMBABI BUTA...
KUALA LUMPUR 28 April 2012 - Seorang anggota polis yang cedera akibat dipukul para penyokong Perhimpunan Bersih 3.0 dipapah dari tempat kejadian selepas kereta polis yang dinaikinya dirosakkan dan diterbalikkan oleh pendemonstrasi berdekatan Kompleks Beli-Belah Sogo di sini hari ini. - UTUSAN
Polis tangani perhimpunan secara profesional? BETULKAH 20RIBU SHJ HADIR?
SUMBER
2012/04/29
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka di sini, semalam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau berasa kagum dan bangga dengan pasukan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
Sabtu, April 28, 2012
PKR dakwa timbalan, pengerusi SPR ahli Umno. JIka UMNO, KENA LETAK JAWATAN SPR KAN?
12:00PM Apr 26, 2012 |
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.
KETUA PEMUDA UMNO PON SOKONG KEBEBASAN MEDIA..
SUMBER
Jika proses ini berjaya, Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang lebih matang dalam membuat pemilihan dan menentukan perubahan hala tuju negara.
Ketua Pemuda Umno baru-baru ini yang menyatakan sokongannya terhadap kebebasan media harus diberikan kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
"Saya sokong semua parti mendapat masa (siaran) yang sama di semua media nasional, RTM, TV3, media utama untuk memberitahu rakyat polisi dan manifesto mereka”.
Semua parti politik harus diberi ruang dan peluang yang sama rata dan saksama dalam menyatakan serta menjelaskan manifesto masing-masing kepada rakyat.
Masyarakat harus diberikan hak untuk memilih berdasarkan maklumat yang tepat.
Jika proses ini berjaya, Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang lebih matang dalam membuat pemilihan dan menentukan perubahan hala tuju negara.
PERINTAH MAHKAMAH BERSIH 3.0
"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.
Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Polis: Duduk boleh, berarak jangan..
S Pathmawathy 4:33PM Apr 27, 2012 |
Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.
Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.
Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.
BERSIH 3.0 :: 1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi???
SUMBER
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.
Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.
Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.
Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini.
Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam.
Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.
[LIHAT VIDEO]
Selasa, April 17, 2012
PBR MAUT LAMBANG KEJATUHAN SHAFIE DI PARLIMEN SEMPORNA?
SUMBER |
Written by Admin |
Monday, 16 April 2012 09:51 |
Share Oleh : ABBAS AHMAD “MUNGKIN sudah ketulahan kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan. Tidak ada angin, tidak ada rebut, tiba-tiba sebuah rumah PBR di Kampung Ayer Semporna tumbang menyembah bumi,” kata Ketua Penaja USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad selepas melawat mangsa tragedi di kampung berkenaan. Menurut Abdul Karim, memang ada yang tidak kena sejak Kampung Ayer terbakar, penyenaraian nama penerima dan pengawasan projek pembinaan rumah dibuat oleh kroni Menteri KKLW iaitu Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran sedangkan Kampung Ayer terletak di DUN Bugaya. “Kita sedar projek ini baik untuk rakyat terutama mangsa kebakaran di Kampung Air, namun kita kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan rumah berkenaan, sekalipun tidak layak, tetapi diluluskan Datuk Nasir,” ujar Abdul Karim lagi. Tegas Abdul Karim, beliau kesal kerana Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup menggadai nyawa 50 keluarga termiskin kerana projek kilat PBR yang dibina oleh RISDA tidaklah sekukuh mana kerana RISDA bukanlah Jabatan Teknikal dan tidak mempunyai pengalaman dalam industri pembinaan rumah. Walaupun hanya sebuah rumah daripada 50 buah rumah yang dibina RISDA runtuh, namun menunjukkan indikasi ketara mutu pembinaannya rendah dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan; malah tidak ada sesiapa dapat menjamin bahawa 49 buah rumah lagi selamat. “Sudahlah mereka miskin tegar, kini terpaksa menggadai nyawa, sedangkan mereka menjadi mangsa politik pemimpin UMNO yang tidak bertimbang rasa dan tidak berhati perut,” ujar Abdul Karim yang membidas ketidak pekaan Shafie dan Nasir terhadap keselamatan penduduk yang terpaksa hidup dalam kecemasan. Sehubungan itu, demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa, Abdul Karim mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan penghuni mengosongkan 49 buah rumah PBR tersebut untuk diperiksa bagi memastikan semuanya selamat didiami. Projek bernilai RM3.8 juta dikendalikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran bernilai RM47,000 setiap satu tetapi dipercayai dilaksanakan secara sub-kontrak oleh kontraktor yang tidak berpengalaman dan bukannya dilaksanakan sepenuhnya oleh RISDA sehingga rumah yang didirikan di atas air tidak selamat. “Kita menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar jangan terlalu lama tidur di Tawau dan jarang memantau projek pembangunan di Semporna, terutama yang dilaksanakan oleh kroni Menteri dan Adun,” kata Abdul Karim yang bosan dengan integriti SPRM kerana tidak pro-aktif terhadap aduan rakyat. Menurut Abdul Karim, ketika insiden rumah roboh berlaku di Lorong 6, Kampung Ayer pada jam 11.30 malam, 11 April lalu, tidak ada bencana alam kerana tiada tiupan angin kencang, tiada sebarang gegaran gempa dan air laut hanya sedalam enam inci. “Bagaimana rumah yang belum sampai setahun dibina boleh roboh tiba-tiba? Ini kena tanya Datuk Shafie, Datuk Nasir, Pelaksana dan Penyelia Projek. Keluarga yang mendapat rumah ini hidup dalam keadaan trauma setelah jatuh dan cedera,” kata Abdul Karim yang kesal kerana mereka terpaksa bermalam di atas jambatan setelah rumah mereka roboh. Abdul Karim turut mendesak SPRM menjalankan penyiasatan rapi kerana pihaknya telah mengenalpasti, Pembantu Rumah Datuk Nasir, Idah Binti Musahari turut mendapat rumah PBR berkenaan sedangkan rumah beliau tidak terbakar dalam kejadian yang memusnahkan 38 buah rumah. “Pembantu rumah ini sering dibawa ke luar negeri, terutama ke Australia,” kata Abdul Karim yang meminta penjelasan daripada Datuk Nasir kenapa meluluskan rumah PBR kepada pembantunya sedangkan beliau sudah mempunyai rumah. Selain daripada pembantu rumahnya, Haji Nasir turut meluluskan rumah PBR kepada Boljohn Haji Danial dan beberapa orang PATI sedangkan rumah mereka tidak terbakar; sebaliknya kata Abdul Karim, Haji Nasir tidak meluluskan rumah PBR kepada ramai mangsa kebakaran, antaranya Haji Hassan Barani dan Yahya Haji Jun. |
Hoslan gagal rayu ringankan hukuman penjara>> SABARLAH TUAN iMAM
Kuek Ser Kuang Keng 8:44PM Apr 16, 2012 |
Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memutuskan bahawa pemohon itu gagal melepasi tahap untuk mahkamah memutuskan bahawa kes tersebut luar biasa.
Khamis, April 12, 2012
Selasa, April 10, 2012
Kerajaan tidak halang perhimpunan BERSIH 28 April>> ALHAMDULILLAH..
Kerajaan tidak halang perhimpunan BERSIH 28 April
2012/04/10
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 28 April ini kerana ia dilihat tidak membabitkan isu keselamatan. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penganjur perlu mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung tempat dan masa penganjuran yang sesuai bagi memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai.
Isnin, April 09, 2012
Cek RM4 juta punca Sosilawati dibunuh?? > benarkah???
sumber
SHAH ALAM 6 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa dua cek bernilai RM4 juta yang sepatutnya dibayar kepada Datuk Sosilawati Lawiya adalah punca tertuduh pertama, N. Pathmanabhan bertindak membunuh jutawan kosmetik itu serta tiga lagi yang turut berada di tempat kejadian.Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin semasa berhujah di akhir kes pendakwaan berkata, tindakan Sosilawati pergi ke Banting untuk berjumpa Pathmanabhan bagi mempercepatkan tarikh cek pada 30 Ogos 2010 telah menimbulkan tekanan.
Ia berikutan bekas peguam itu hanya mempunyai RM1.3 juta di dalam akaunnya pada tarikh tersebut selain terdapat surat yang ditulis pada hari kejadian tetapi bertarikh 11 Ogos 2010 untuk pemindahan wang dari akaun anak guam yang sepatutnya dibayar kepada Sosilawati ke dalam akaun peribadinya.
"Apabila Sosilawati datang untuk mempercepatkan tarikh pada cek, tertuduh pertama mendapat tekanan yang amat berat. Tiada jalan lain saya hujahkan di sini melainkan bunuh sahaja.
"Oleh kerana yang datang pada hari itu empat orang, maka mereka semua menerima nasib yang sama. Walaupun pedih untuk didengar namun itulah hakikatnya," hujah beliau.
Menurut Saiful Edris, selain Sosilawati dan tiga lagi, bukti kejadian serupa turut ditemui dalam kes membabitkan dua ahli perniagaan, Shafiq Davendran Abdullah dan A. Muthuraja yang didakwa menemui Pathmanabhan sebelum hilang sehingga hari ini.
Jelas beliau, keterangan Samson Nahar Mohamed Dali dan Usharani Sethuraman yang mengesahkan suami masing-masing pergi berjumpa Pathmanabhan atas urusan perniagaan sebelum itu bukan satu kebetulan.
Hujah beliau, ia berdasarkan penemuan dokumen bank Shafiq di dalam beg plastik biru di dalam trak pikap milik Pathmanabhan serta surat kuasa atas nama Muthuraja bagi sebidang tanah di Pulau Pinang yang dirampas dari pejabat tertuduh.
Katanya, bukti bahawa Pathmanabhan mempunyai urusan dengan lelaki-lelaki itu disahkan oleh keterangan pembantu rumah warganegara Indonesia, Siti Hamidah Karnax yang melihat mereka datang ke Ladang Gadong diikuti api marak sebelum kedua-duanya hilang begitu sahaja.
Ia disokong oleh penemuan tulang-tulang di ladang tersebut yang disahkan kemungkinan besar tulang manusia oleh pakar forensik dan bukti itu wajar diterima oleh mahkamah berikutan ia tidak dicabar.
"Foto Shafiq dan Muthuraja telah dikenal pasti oleh Siti Hamidah. Dia melihat Shafiq dan Muthuraja datang ke ladang serta melihat api marak sebagaimana dalam kes Sosilawati. Selepas itu kedua-duanya tidak lagi kelihatan. Adakah ini kebetulan? Jawapan kami adalah tidak.
"Dengan rendah hati kami hujahkan, terdapat persamaan fakta bahawa mereka semua berjumpa tertuduh pertama di ladang sebelum hilang. Dalam semua kes, Siti Hamidah nampak api marak. Sehingga sekarang tiada sebarang berita daripada Shafiq, Muthuraja, Sosilawati dan tiga lagi mangsa," katanya.
Saiful Edris turut membangkitkan isu penemuan bahan-bahan bukti seperti jam tangan dan telefon bimbit milik mangsa berdasarkan maklumat lebih daripada seorang tertuduh.
Hujah beliau, mereka tidak akan mampu memandu arah pihak polis ke lokasi barang-barang itu dibuang melainkan mereka tahu apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa serta rentetan kejadian pada malam tersebut.
Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010
Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan sama ada membebaskan tertuduh-tertuduh atau memanggil mereka membela diri pada 30 April ini.
Rabu, April 04, 2012
BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April??
Abdul Rahim Sabri 10:56AM Apr 4, 2012 |
Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.
Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.
Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.
"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila?
"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalam Facebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.
Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.
Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.
"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.
Sementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.
Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini.
Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.
Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis?? TAK LAYAK MASUK SIDANG DUN???
6:19AM Apr 4, 2012 |
Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Ahad, April 01, 2012
TPM: Ada kumpulan halang kemajuan Felda?? > kenapa FELDA tak saman Mazlan Aliman??
5:50PM Apr 1, 2012 |
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – dalam satu kenyataan yang dipercayai ditujukan kepada PAS – berkata satu kumpulan tertentu kini kembali untuk menghalang kemajuan Felda.
Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila satu kumpulan tertentu mendakwa Felda cuba menipu peserta skimnya apabila kerajaan Perikatan memperkenalkan Akta Penempatan Berkelompok 1960.
Bercakap di satu karnival Felda di Kuala Lumpur petang ini, Muhyiddin berkata kumpulan itu juga telah membantah usaha Felda untuk menghentikan pengambilan peserta baru pada 1990.
Bantahan itu dilakukan apabila skim tersebut berjaya mengeluarkan anggota masyarakat tersebut daripada kemiskinan, kata Muhyiddin lagi di program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Kumpulan yang sama kini membantah usaha kerajaan untuk menyenaraikan anak syarikat Felda – Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia, kata Muhyiddin.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang digerakkan oleh pengerusi Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, merupakan kumpulan yang paling lantang menentang usaha itu.
Di bawah rancangan penyenaraian itu, FGVH yang menguasai 49 peratus saham dalam Felda Holdings akan membeli baki 51 peratus saham syarikat berkenaan yang kini dimiliki peserta tersebut melalui Koperasi Permodalan Felda.
Sebagai tukaran, peserta berkanan akan menjadi pemegang saham terbesar di dalam FGVH dengan pegangan 37 peratus dan juga satu bayaran durian runtuh.
Bagaimanapun, hak pemegang saham berkenaan dalam FGVH akan dikawal melalui satu syarikat baru – Felda Asset Holdings Company.
Selain itu, Mazlan juga mendakwa bahawa FGVH telah mencatat kerugian dalam perniagaan seberang lautnya sebelumnya dan langkah itu akan merugikan peneroka.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa FGVH telah mencatak keuntungan sebelum cukai berjumlah RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengulas dakwaan bahawa peneroka berkenaan akan kehilangan tanah mereka melalui rancangan itu.
Katanya, rancangan itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri yang telah diberikan kebenarany untuk dibangunkan oleh kerajaan persekutuan melalui skim Felda, kata Muhyiddin.

Shahril masuk PAS masih bertaraf berita angin??? > DOAKAN MASUK PAS!!!
SUMBER
Harakahdaily, | 01 Apr 2012 |
(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)
"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.
Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.
Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.
Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.
Ia kemudian disuraikan oleh polis.
Shahril dlaporkan blog itu berkata:
“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."
Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.
Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan
"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.
Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)