Bekas tahanan ISA, T Vasanthakumar ditahan hari ini ketika cuba untuk menyerahkan memorandum mengenai nasib kaum India kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis yang dihadiri perdana menteri hari ini.
Aktivis tersebut, bersama-sama 10 orang lagi, berusaha untuk mendekati perdana menteri, yang sedang beredar selepas melancarkan geran akademik untuk pelajar India.
Kumpulan itu ditahan oleh sekumpulan anggota polis yang membentuk tembok manusia di sepanjang laluan Najib ke keretanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA TULIS DENGAN PENUH AMANAH DAN DENGAN NIAT MEMBINA... KEBAIKAN DARI ALLAH.. SYUKRAN