Selasa, Januari 07, 2014

Hanya 4 tahanan ISA ulangi kesalahan

Oleh Haspaizi Mohd Zain Cetak
Taiping: Hanya empat daripada 2,770 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kembali melakukan kesalahan dan ditahan semula di bawah akta sama selepas dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (KEMTA), Perak.

KEMTA yang mula beroperasi sejak 1973 tidak lagi digunakan sebagai tempat tahanan perlindungan selepas kerajaan membuat keputusan memansuhkan ISA dan enam tahanan terakhir dibebaskan kelmarin.