Sabtu, Jun 30, 2012

Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya>> pelakon Hairie Othman sertai PAS

sumber

Rizal Tahir, 30 Jun 2012


(Puluhan ribu rakyat Johor menyertai Himpunan Hijau di Dataran Dahlia malam tadi)

JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

(Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.

Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.

Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.


(Tuan Guru Nik Aziz membacakan doa selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang)

Sepanjang berada di Johor, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang.

Beliau mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan apabila mereka berebut-rebut mahu bersalam dengan beliau.

Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.

Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.

(Selamat kembali ke Johor diucapkan kepada Salahudin dengan MB Kelantan menyerahkannya kepada Pesuruhjaya PAS Johor)

Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.

Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.

Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor.

Ahad, Jun 17, 2012

PAS BERDAKWAH DI KAMPONG IBAN, MEROTAI BESAR, TAWAU










Beli MP Pakatan: Khalid sahut cabaran Zamil>> ORANG LOMPAT LOMPAT MACAM NI, KENA HATI2..

SUMBER

Anis Nazri, 16 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak' rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen' yang turut wujud dalam rakaman tersebut.

"Tiada masalah, kita memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut.  Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda?? > mula panas dah isu ni...

  • Hazlan Zakaria
  • 12:48PM Jun 16 2012
 
Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu
sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

# Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

Ahad, Jun 10, 2012

Pemuda PAS perkenal Kaffah, kurikulum baru PASTI

SUMBER

Hazayani Zakaria, 09 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan.

"PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran.

Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik.

"Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.

Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada.

Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.

Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

BANYAK LAGI DUIT NEGARA.. TENGOK NIEE

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menyampaikan replika cek bantuan tanaman sawit pekebun kecil (TSSPK-NKEA) pada majlis pelancaran program 'Kasihi Pekebun Risda Negeri Johor' di Dataran Sarang Buaya, Muar, hari ini yang turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Shahrul M Zain

Sabtu, Jun 09, 2012

Mat Zain: Polis patut siasat isu Scorpene????

  • Hafiz Yatim dan Leven Woon
  • 2:42PM Jun 9 2012
 
Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing.

Mat Zain berkata siasatan seperti itu sepatutnya dilaklukan oleh pegawai kanan polis, terutamanya timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku.

Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya.

Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk "kerja-kerja kejuruteraan komersial."
Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan.

PTPTN: Jangan banding epal dengan ikan yu> apa makna tu?

sumber

Harakahdaily, 09 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dalam isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyindir 'kebijaksaan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menimbulkan kontroversi ini.

Mohamad berkata sepatutnya Khaled membuat perbandingan epal dengan epal dalam isu ini.

“Jgn bandingkan kerajaan PR selangor dgn kerajaan pusat. Banding mesti epal dgn epal. Bkn epal dgn ikan yu,” tulis beliau di laman Facebook beliau.

Mohamad menegaskan bahawa PR berjanji akan memberikan pendidikan percuma apabila ia diberi mandat untuk memerintah kerajaan pusat pada PRU13 bukan memerintah di peringkat negeri.

“Kenapa Menteri Pengajian Tinggi begitu tidak cerdik?” soal beliau.

Awal minggu ini, PTPTN dengan disokong Menteri Pengajian Tinggi dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak membekukan pinjaman pelajar baru Unisel dan meminta kerajaan negeri Selangor membuktikan keupayaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terbabit.

Khaled berkata pembekuan tersebut sekadar ingin menguji sama ada negeri Pakatan Rakyat Selangor adalah serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

“Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma,” kata beliau.

Bagaimanapun, tindakan tersebut ditarik balik semalam selepas mendapat pelbagai kritikan, dari dalam dan luar Umno yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar.

Ramai penganalisa politik melihat kontroversi PTPTN kali ini adalah pertembungan antara Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Umno, di mana kedua-duanya mempunyai keperluan berbeza untuk kekal hidup di dunia politik.

Sekiranya Najib berjaya memenangi dua pertiga semula, Muhyiddin dijangka akan menghadapi kesukaran mempertahankan kedudukannya pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung tahun ini dan digantikan dengan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden Umno.

Untuk menyelamatkan dirinya dan memberikannya peluang untuk mengguling Najib, Muhyiddin perlu memastikan Najib gagal mendapat 2/3 majoriti malah keputusannya merosot berbanding Tun Abdullah Badawi di 2008, tapi BN masih kekal menang di PRU-13.

Sekiranya terlebih melakukannya, BN bakal tertewas dan Muhyiddin juga bakal hilang segala-galanya.

Disebabkan itu, rakyat akan dapat melihat pertembungan puak pemikiran lama dengan puak transformasi sebegini dengan lebih kerap menjelang PRU-13.

Jumaat, Jun 01, 2012

Populariti Najib merosot selepas BERSIH 3.0???

5:59PM Jun 1 2012  
Rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Mei jatuh sedikit ekoran kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu.

NONEMenurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating
keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.


Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.

Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus.

Pengendali kajiselidik itu berkata kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa BERSIH 3.0.