Khamis, Disember 30, 2010

MALAYSIA MENANG DENGAN SEBAB DI BAWAH?


SKUAD bola sepak negara menjalani latihan di sekitar hotel didiami mereka menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang tuan rumah Indonesia, di Jakarta, 28 Dis. Malaysia terpaksa membatalkan latihan di gelanggang asal berhampiran Stadium Senayan atas faktor keselamatan. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

PIALA SUZUKI : PROVOKASI LUMRAH DALAM BERSUKAN... TU YANG MENARIK... :)


ANTARA penyokong Indonesia dengan sepanduk yang memberikan gambaran provokasi yang memberi maksud "kalahkan "perompak" sia" pada aksi akhir Piala Suzuki AFF di Gelora Bung Karno, Indonesia. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

PIALA SUZUKI : PROVOKASI LUMRAH DALAM BERSUKAN... :)


ANTARA provokasi penyokong bola sepak Indonesia yang turut mengaitkan watak animasi Upin & Ipin ke dalam kancah perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

TERBAKAR ATAU DIBAKAR? DIBAKAR UNTUK MENCANAR KERAJAAN KEDAH?? EM....


SEBAHAGIAN penduduk kampung melihat puing-puing rumah mereka yang musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang memusnahkan 59 buah rumah dan 260 penduduknya tinggal sehelai sepinggang di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, Kedah, 28 Dis. - Utusan/RIDZUAN RAMLI

HARAPAN BARU BUAT MALAYSIA!!!

Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri), 29 Dis. - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN

JARINGAN PEMBUNUH IMPIAN INDONESIA!!!


Mohd Safee Sali melepaskan rembatan sambil cuba dihalang pertahanan Indonesia, Hamkah Hamzah dalam Aksi perlawanan Akhir AFF antara Malaysia menentang Indonesia di Gelora Bung Karno. Malaysia mendahului dengan 1-0. 29 Dis. - AFP

'Buku tulisan Mujahid keliru asas perjuangan PAS', mengapa?????

sumber

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud dipetik Bernama sebagai berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.


"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. 

Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi seperti dipetik Bernama.

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

"Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.


Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya.

Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.

Perlantikan ISA SAMAD Persendakan Peneroka FELDA? Orang yang pernah diambil tindakan kerana rasuah ini, diharapkan untuk menjaga FELDA?

SUMBER
Posted on Wednesday, December 29 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: wfauzdin_ns

"PADA 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Dan, semalam diumumkan oleh Najib bahawa Adun Bagan Pinang ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baru berkuarkuasa Jan 2011 bagi menggantikan Dr Yusoff Noor yang dilantik pula sebagai Penasihat di dalam Felda. 


Di dalam keadaan FELDA dengan berbagai dakwaan ketirisan serta penyelewengan, tokoh seperti Isa Samad ini dianggap oleh Najib sebagai penyelamat FELDA. Orang yang pernah diambil tindakan kerana rasuah ini, diharapkan untuk menjaga FELDA? Kesihan kepada para peneroka FELDA, dipersendakan nasib mereka.

Sudah tiada tokoh lagikah yang rekodnya bersih dan boleh dipercayai untuk diharapkan menjaga nasib para peneroka selain dari Isa Samad? Cuba Najib beri satu sahaja fakta atau faktor yang menunjukkan hebatnya Isa Samad? Mengapa dibawa orang seperti ini ke dalam FELDA?

Kita tidak tahu apa integriti yang mahu diterapkan oleh Najib di dalam pentadbirannya. Adakah ini tahap `Pencapaian Di Utamakan'? Tidak tahulah jika para Peneroka FELDA masih lagi mempercayai kerajaan seperti ini sehingga nasib mereka sendiri pun dipersendakan sedemikian rupa./wfauzdin.blogspot.com"

200 penyokong Malaysia menonton dalam protes dari kedutaan.. syukur dapat lah jugak tengok.. KENAPA SEMUA TERJADI YERK?




DALAM SUKAN, SEMUANYA KAWAN!


29/12/2010 9:57pm

JAKARTA 29 Dis. – Kecewa dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia malam ini menonton dalam protes perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia-Indonesia di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di sini malam ini.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata, kumpulan penyokong Malaysia yang tidak ramai jumlahnya telah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu dua.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah para penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium untuk menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
"Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami telah dianaktirikan, kami disisihkan dan tidak diberikan keadilan sewajarnya.

"Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan para anggota rombongan, kita telah mengambil keputusan untuk menonton perlawanan ini dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia di sini,” katanya ketika ditemui di Dewan Serba Guna Kedutaan Besar Malaysia di sini. – Bernama

Rabu, Disember 29, 2010

Final Piala Suzuki AFF: Malaysia akhiri kemarau 14 tahun. SEMOGA NAIK RANKING...


* Malaysia boleh!

SUMBER

29/12/2010 10:27pm

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan

Pakar: Laser lemah tak jejas pandangan GOAL KEEPER > PIALA SUZUKI

SUMBER

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaanringgit untuk dimiliki.

Selasa, Disember 28, 2010

Gobalakrishnan: Anwar pilih kasih.. YB GOBALA TERKENAL DENGAN 'QULILL HAQ WALAU KAANA MURRAN'!

SUMBER

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu. 

NONEGobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India." 

"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar amal 'pecah dan perintah' Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.

NONE"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli. 

"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.
Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

'Surendran bukan ahli PKR' 

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

NONE"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.

Prom Night : Golden Glamorous. MAKSIAT TERANG-TERANGAN BAKAL DIADAKAN DI TAWAU ESOK??!!!

sumber

Prom Night : Golden Glamorous

Tomorrow at 7:00pm - Thursday at 12:00am
King Park Hotel, Tawau
Anda di jemput hadir pada malam " Prom Night : Golden Glamorous" bersama pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM 2010 dan juga bersama warga Tawau pada 29 december 2010 nanti.

Etika Pakaian : Sopan dan Kemas sesuai dgn tema majlis
Aktiviti : Dance, Karaoke, Prom King and Prom Queen dan banyak lagi<< lihatlah aktiviti ini!!!

- Makanan Disediakan
- Photo akan diambil di pintu masuk

Semua dengan harga tiket;
Pelajar Lepasan SPM/STPM 2010 = RM30
Orang Luar = RM35

Utk Keterangan Lanjut. sila hubungi:
Event Coordinator and Tickets :
Ms.Lia 0128613878, Mr. Alex 0128305010, Mr.Nafie 0148746213, Mr.Yazid 0148655983, Ms.Shiela 0145520187, Mr.ameer 0148518081

--
 -------------------------------------------------
ANTARA AHLI FaceBook YANG SAYA FIKIR AGAK KETERLALUAN KOMENNYA TERHADAP PANDANGAN YANG MEMBERI NASIHAT
1- Senang cakap, if you want to attend this prom, attend la, kalau xnak, jgn lah nak marah2.. apa pun kalau nasihat okay juga, ni trus tuduh2 drastically this event kunun tiket to hell.. apa pun, to adik2 lepasan SPM, kalau datang tu niat nak happy ok la, jgn lebey2 ya? ingat mak bapak kat umah... have a nice prom with your friends yaaaarrhhh...
2- apa lha . ada kha d tlis dlm anjuran t0o , tmpt utk bmaksiat ? ada kha pr0m nite sblm neyh d'anjrkn utk bmksiat . juz utk hapy jaa kn . glamour . bkn mksiat . neyh lha fkrn kolot . prom nite kmi anjur thn lalu , xda p0wn t'jd nya mksiat . astagfirullahaazim , jgn lha hipokrit .
 
 
 

KPM perlu teliti penempatan, pertukaran guru

sumbeer

Mohd Taufek Abd Rahman   
Guru merupakan tunggak penting dalam proses melahirkan modal insan yang berkualiti. Hal ini kerana produk-produk yang dihasilkan merupakan aset penting untuk negara pada masa akan datang. Bak kata pujangga, "dari tangan gurulah terhasilnya Perdana Menteri, dari tangan gurulah terhasilnya para doktor dan sebagainya". Justeru, guru seharusnya diberikan keistimewaan termasuklah tempat mereka bertugas. Hal ini supaya, guru-guru dapat lebih fokus dan bermotivasi ketika mendidik anak bangsa.

Saban tahun, KPM menerima permohonan dari puluhan ribu individu yang ingin menjadi seorang guru. Setelah menjalani pelbagai peringkat tapisan, maka guru-guru ditempatkan di sekolah-sekolah yang ditetapkan. Namun, di sana terdapat masalah dari segi penempatan khususnya kepada guru-guru yang telah berumahtangga. Bermodalkan alasan guru-guru seharusnya bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sahaja, alasan ini seolah-olah dijadikan perisai untuk pihak KPM menghantar guru-guru khususnya yang telah berumahtangga, jauh daripada keluarga dan anak-anak mereka. Impaknya, mereka terpaksa berpisah dengan keluarga dan anak-anak demi menunaikan amanah mereka kepada agama, bangsa dan tanahair ini.

Anak-anak yang masih kecil, yang sememangnya memerlukan perhatian daripada kedua-dua ibubapa mereka, terpaksa menerima akibatnya. Jika perpisahan tersebut dapat diketahui akan kadar tempohnya, maka mungkin di sana dapat juga menyuntik semangat kepada diri guru untuk terus betah dan bertahan dengan jarak yang jauh. Namun, tiada juga kata putus yang dapat dijadikan sebagai penguat semangat. Tambahan pula, situasi negara yang berhadapan dengan gejala sosial yang kian meruncing, sememangnya memerlukan perhatian oleh kedua ibubapa. Akan tetapi, mana mungkin perhatian tersebut dapat dilakukan sekiranya ibu dan bapa tinggal berjauhan. Bukan semua guru mampu membeli kereta untuk kemudahan berulang-alik.

Malah apa yang lebih teruk, berlaku pula hubungan sulit antara guru-guru berpunca daripada pasangan yang tinggal berjauhan. Hal ini bukan sahaja mampu memporak-perandakan rumah tangga, bahkan mampu 'mencalit arang ke muka' KPM.

Bukan itu sahaja, hal ini sememangnya memberikan kesan kepada kewangan sesebuah keluarga guru tersebut. Kos yang sepatutnya perlu ditanggung untuk sebuah tempat sahaja, bertukar kepada dua buah tempat. Kos sewa rumah, bil elektrik, telefon, air, kelengkapan rumah, perbelanjaan seharian dan sebagainya sememangnya membebankan kerana ia melibatkan di dua lokasi yang berlainan. Bukankah ini memberikan impak kepada jiwa seseorang guru itu dalam keadaan harga barang yang kian naik??? Demikian faktor sekeliling yang mampu menggugat reputasi seseorang guru tersebut.

Buktinya, setiap kali tawaran pertukaran guru dibuka oleh pihak KPM, maka ribuan guru mengisi permohonan tersebut. Berbekalkan alasan dan justifikasi yang sesuai, dengan penuh harapan dan keyakinan, permohonan tersebut diharapkan berjaya. Pelbagai alasan yang diberikan sama ada dari sudut kesihatan, keselamatan, mengikut suami dan sebagainya.

Justeru ini dapat dijadikan kayu ukur, pihak KPM perlu mengambil tindakan yang serius dalam urusan penempatan dan pertukaran guru. Beberapa saranan dapat disertakan seperti berikut:

1. Guru-guru yang telah berkahwin, ditempatkan di sekolah-sekolah yang berhampiran dengan pasangan mereka. Hal ini kerana, meskipun ditempatkan di sekolah yang jauh, pastinya guru tersebut akan memohon pertukaran dengan alasan mengikut pasangan. Bukankah ini hanya mensia-siakan pihak KPM? Melakukan tindakan ke atas orang yang sama. Jika sejak awal ditempatkan berhampiran dengan suami mereka, maka setidak-tidaknya ia memudahkan pihak KPM untuk berhadapan dengan permohonan yang lain pula. Bahkan jika guru-guru yang telah berkahwin ditempatkan berhampiran dengan pasangan masing-masing, ini menjimatkan kos kerajaan terutama dari sudut elaun perpindahan, tiket kapal terbang dan sebagainya.

2. Jika terpaksa ditempatkan berjauhan dengan keluarga, pihak KPM harus menetapkan suatu kadar tempoh tertentu. Sedikit sebanyak, ketetapan tempoh tersebut dapat memberikan semangat kepada guru-guru tersebut untuk terus bertahan berdasarkan tempoh yang ada. Apabila tempoh tersebut selesai, guru-guru yang memohon pertukaran tersebut hendaklah diluluskan.
3. Permohonan pertukaran yang selama ini hanya dibuka 2 kali setahun perlu diperluaskan kepada 3 kali setahun bagi kategori pertukaran antara negeri. Adapun pertukaran dalam negeri dibuka sepanjang tahun.

4. Tidak menganaktirikan sesetengah guru mata pelajaran yang ingin bertukar. Meskipun pihak KPM mahu menafikannya, namun hakikatnya itulah yang berlaku. "Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang."

Konklusinya, meskipun pihak KPM mempunyai alasan yang tersendiri sebagai respon terhadap cadangan-cadangan di atas, namun saya mewakili guru-guru yang mengalami nasib yang sama seperti saya sememangnya mengharapkan KPM mengkaji semula penempatan dan pertukaran guru dengan lebih teliti. Melihat kepada statistik permohonan pertukaran, ini merupakan indikator betapa polisi penempatan dan pertukaran guru masih berada pada tahap yang belum memuaskan. Meskipun KPM tidak mampu memuaskan hati semua pihak, setidak-tidaknya pihak KPM mampu mengurangkan kadar peratus permohonan yang diterima setiap tahun. Apatah lagi proses pertukaran kini dipusatkan di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Moga KPM terus berjaya dalam misi memartabatkan pendidikan negara.

Mohd Taufek Abd Rahman,
Temerloh, Pahang.

Siapakah menteri rogol amahnya? EMM...


SUMBER
Zulkifli Sulong   
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada  1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.


(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

Larangan Logo 1Malaysia 'dibekukan', kata exco S'gor


Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu meredakan kontroversi berhubung logo 1Malaysia yang digunakan dalam bahan pengiklanan, dengan menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadapnya sehingga diberitahu kelak.

NONELiu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana
kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.

"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.

PAS Jangan Ulang Bagan Pinang.< 1 PANDANGAN UTK KEBAIKAN PR DI DUN TENANG! BACA DULU...

SUMBER

Pilihanraya Kecil yang dihadapi rakyat Malaysia, semakin banyak dan mampu mematangkan pengundi. Dalam masa yang sama mampu menambah koleksi teori pengkaji politik dan para pendidik politik.

Pilihanraya kecil, sebenarnya memerlukan jentera yang baik dan berkesan. Dan jentera yang baik dan berkesan, memerlukan maklumat yang tepat dan tidak memihak, maupun maklumat tipu, atau reka-reka saja.

Jentera Parti yang baik, dan maklumat yang tepat, perlu dianalisa dengan bijaksana lagi teperinci, bagi menyediakan tindakan yang berkesan. Kalau maklumat yang baik tidak dianalisa oleh para bijaksana, jadilah Pak Pandir cari Imam untuk buat kenduri arwah, yang dimaklumkan berjanggut !

Maklumat yang tepat dan tidak ada kepentingan lain, melainkan untuk kemenangan PRK itu, hendaklah diberi kepada para bijaksana menganalisa dan bertindak mengarahkan jentera parti kearah perkukuhkan Parti, dan mengekang atau melemahkan musuh . Jangan maklumat yang belum masak dan dicanai ini, diberi kepada media untuk belasah kawan dari belakang, seperti maklumat kajian di PRK Galas. HARAKAH pula yang jadi media melapurkan maklumat kajian kelemahan dan kelebihan PAS. Maklumat pula didedah media milik 3hari sebelum mengundi. Untuk apa ya?

Jangan pula maklumat pun tak terima, bahannya tiada kena mengena dengan PRK. Survey tak dapat bahan, kajian tiada petunjuk, tetapi tindakan dibuat, seperti di Bagan Pinang. Ada usaha bersungguh, menghalang Khalid Samad. Bukan sekadar berkempen, tapi datang pun cuba dihalang. Maklumat kajian mana ya?

Calon , yang dalam kajian lapangan, rendah populariti, dipilih juga, bagi memuaskan pihak tertentu.

Bukan susah nak kalahkan BN yang dah reput dimakan usia dan saka. Tapi mesti syaratnya, kukuhkan Parti dan singkirkan daki yang terpalit di badan organisasi ini.

Saya kagumi akan kewibawan Pengarah PRK Tenang . Tulisan ini mungkin membantu Pengarah PRK DUN Tenang. Atau menaikan suhu atau raksa pembaca tekanan darah, pihak yang terganggu agenda peribadinya.

PDRM perlu tubuh kor agama! ATM DAH ADA.. KENAPA BIMBANG?

SUMBER
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mencadangkan Kor Agama ditubuhkan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melahirkan anggota yang menghayatai nilai-nilai agama sewaktu menjalankan tugas.

Nasrudin berkata, PDRM merupakan anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan orang awam dan perlu menunjukkan sikap yang baik sewaktu menjalankan tugas.

"Saya mengesyorkan agar PDRM perlu lebih dekat dengan agama dan menghayati agama seperti menubuhkan Kor Agama PDRM agar mereka tidaklah berwatak bengis dan kasar terhadap rakyat sendiri, justeru mereka adalah anggota keselamatan yang bertanggungjawab meletakkan rakyat dalam keadaan aman dan sejahtera, bukan resah, gelisah dan takut terhadap pasukan keselamatan itu sendiri," kata beliau.

Nasrudin menyarankan demikian ekoran insiden ahli perniagaan, Chia Buang Hing diserang dan dirompak oleh anggota polis awal bulan lalu.

Chia Buang Hing mendakwa beliau ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak semata-mata enggan memberikan rasuah kepada pihak polis ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput.

Chia turut diugut untuk diletakkan dadah dan parang di dalam keretanya serta keselamatan diri, keluarga dan perniagaannya terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Sebaliknya dia dipaksa supaya laporan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan kemalangan jalanraya.

Menurut Nasrudin, melalui pendidikan dan penghayatan agama, pihak PDRM alan lebih bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah mereka serta bekerja dengan lebih dedikasi terutama membebaskan diri dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang ada pada mereka.

Tambah beliau, insiden keganasan polis bukan menjadi isu asing lagi di negara ini menyebabkan imej PDRM tercalar teruk.

Ini termasuk kes-kes terdahulu seperti pelajar tingkatan 3, Aminulrasyid yang ditembak mati oleh pihak polis kerana didakwa memandu secara merbahaya dan mencurigakan dan kes Kugan yang mati dalam tahanan polis serta Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan SPRM.

"Kisah keganasan pihak keselamatan bukan lagi menjadi isu terpencil dalam negara kita sebaliknya  ia telah meninggalkan kesan trauma kepada masyarakat awam walaupun tidak semua pihak polis terlibat dalam melakukan keganasan seperti itu.

"Nama baik PDRM kini tercalar teruk ditambah pula dengan perlakuan tanpa belas simpati pihak polis membelasah rakyat dalam siri himpunan aman yang dianjurkan oleh rakyat tatkala mereka memperjuangkan satu-satu isu yang melibatkan kepentingan mereka," katanya.

S'gor, KL kekal bawah Najib, Muhyiddin. KEDAH, TRENGGANU, PULAU PINANG BERUBAH!!1







Salhan K Ahmad
Dis 27, 10
3:52pm
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengumumkan pelantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Pelantikan itu melibatkan negeri Kedah yang kini diketuai bekas timbalan pengerusi perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan juga negeri Terengganu yang kini dipengerusikan menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said.

Ketua bahagian Umno bahagian Nibong Tebal NONEDatuk Zainal Abidin Osman pula kini dilantik mengetuai badan perhubungan Umno Pulau Pinang.
 
Pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, kata Tengku Adnan dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan (kanan) turut mengumumkan empat timbalan pengerusi baru bagi tiga negeri berkenaan dan juga negeri Perlis.

Ia melibatkan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), 
Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), 
Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) 
dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Pulihkan sokongan pengundi

Tengku Adnan turut mengumkan bahawa presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing akan kekal mempengerusikan badan perhubungan Umno negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

NONEJelasnya, langkah itu adalah bagi mengembalikan sokongan pengundi di negeri-negeri berkenaan.

Pelantikan pengerusi perhubungan baru di dua lagi negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat – Pulau Pinang dan Kedah – dibuat bagi membolehkan pengerusi terdahulu menumpukan tugas di peringkat biro pusat, kata Tengku Adnan lagi.

Perlantikan baru itu juga melibatkan badan perhubungan negeri Terengganu yang sebelum ini diketuai pengerusi biro latihan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Sementara itu, ditanya sama ada pelantikan berkenaan akan menyelesaikan masalah di kalangan pemimpin parti di negeri berkenaan, Tengku Adnan berkata masalah seperti itu tidak wujud.
"Tak ada masalah, (media) yang kata ada masalah," katanya secara berseloroh.

Tambahnya, beliau juga yakin Shahidan akan dapat membantu parti itu di negeri Perlis sebagai timbalan pengerusi perhubungan.
Mukhriz tarik pengundi muda

Katanya lagi, pelantikan Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri sebagai timbalan pengerusi Umno Kedah pula akan dapat menarik sokongan pengundi muda.

mukhriz mahathir and umno youth pemuda"Kita yakin dengan Datuk Mukhriz sebab dia ada pengaruh tertentu," katanya lagi.

Tambahnya, beliau akan mengutuskan surat kepada pengerusi perhubungan berkenaan supaya segera melantik setiausaha, ketua penerangan dan bendahari negeri.

"(Umno) akan beri input kepada mereka supaya lantik orang yang berkewibawaan yang boleh bekerja untuk parti," katanya.

Jawatankuasa perhubungan negeri berkenaan juga diharapkan akan dapat mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali, katanya lagi.

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran??? ARTIS LUAR NEGARA YANG JELAS TAK SENONOH.. RILEKS LAH PLAK PUAK-PUAK AGAMA NI?

SUMBER
Harakahdaily   
GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.
Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.


Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)

Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad  kerana cadangan perlantikan  Khusrin  oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.


Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin (gambar)  dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.
"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi.

Isnin, Disember 27, 2010

Anak: Isa tidak layak terajui Felda! MANA DIA ANAK FELDA YANG HEBAT, KETENGAHKANLAH!!!

SUMBER
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita  harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.


Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Bonus peneroka Felda terlalu kecil??? DI MANA KEADILAN FELDA?

SUMBER
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS kesal kerana bayaran bonus yang diumumkan oleh kerajaan BN kepada para peneroka Felda di seluruh negara terlalu kecil dan amat tidak sepadan dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka, berbanding keuntungan yang diperolehi Felda setiap tahun.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keuntungan besar yang diperolehi oleh Felda sepatutnya diagihkan dengan sewajarnya kepada peneroka, tetapi dengan memberikan bonus yang terlalu kecil kepada peneroka menyebabkan Felda mengautkan keuntungan berkali ganda.
Menurut beliau, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu disedari oleh para peneroka sendiri setelah sekian lama mereka diperlakukan sedemikian oleh pihak Felda akibat sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin BN.

Sehubungan itu, beliau menyeru para peneroka di seluruh negara agar bangkit memperjuangkan hak masing-masing yang sepatutnya memperolehi keuntungan lebih besar atau bayaran bonus lebih tinggi dari pihak Felda.

"Sepatutnya keuntungan Felda yang sebegitu besar itu akan dinikmati oleh para peneroka kerana merekalah yang bersusah payah mengusahakan tanaman itu sehingga menyebabkan Felda memperolehi keuntungan besar, tetapi malangnya yang mendapat keuntungan besar bukannya para peneroka, sebaliknya Felda.

"Tambahan pula, para peneroka itu sendiri bukannya menghantar buah kepada pihak lain, tetapi kepada Felda juga. Jadi, kenapa keuntungan yang besar itu hanya dinikmati oleh Felda, manakala peneroka pula diberikan bonus yang terlalu kecil? Inilah yang kita kesalkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Dengan itu, setiap peneroka Felda akan diberikan Bonus Insentif Produktiviti sebanyak RM400.00 (minima) dan sekitar RM1,200.00 (maksima).

Bayaran tersebut diberikan sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau turut kesal kerana Kerajaan BN sendiri sehingga kini tidak pernah mengumumkan jumlah keuntungan sebenar Felda kepada rakyat.

"Jadi dengan pengagihan bayaran bonus yang terlalu kecil itu kepada peneroka, ia merupakan satu penindasan kepada para peneroka.

"Itu semua berlaku kerana penyelewengan Felda dan para pemimpin BN. Kalau tidak kerana penyelewengan Felda dan pemimpin BN, para peneroka tidak akan diberikan bonus sekecil itu," katanya kesal.

KEPUTUSAN PMR 2010 SMK UMAS-UMAS,TAWAU!

BILA ANAK MURID DAPAT CEMERLANG, CIKGU TUMPANG SERONOK... 

MASA INI MURID-MURID YANG CEMERLANG AKAN DIJULANG... CIKGU MACAM MANA? ADA MAK AYAH DATANG JULANG CIKGU ATAU KOMAN-KOMAN MAI JULANG PENGETUA LAH.. MACAM HARGAI SEKOLAH!!!

TAHNIAH BUAT GURU!!!

* RESULT HASIL RAKAN GURU KELUARKAN DI FACEBOOK


Khamis, Disember 23, 2010

Bekas diktator Argentina dipenjara seumur hidup. DI DUNIA LAGI DAH TAK LEPAS..


SUMBER

2010/12/23

CORDOBA: Pengasas diktator Argentina ketika era pemerintahan tentera junta pada 1976 hingga 1983, Jorge Videla, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan kejam ke atas kumpulan berhaluan kiri ketika pemerintahannya.

Videla, 85, bekas jeneral tentera yang memerintah antara 1976 dan 1981, mengakui perbuatannnya itu tetapi menafikan ia menyalahi hak kemanusiaan, sebaliknya ia hanya hukuman membabitkan pesalah politik. 


Hakim Maria Elba Martinez menyifatkan Videla sebagai "manifetasi kepada negara keganasan' dan memerintahkan agar Videla menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara awam, bukannya tentera. 


Seorang lagi jeneral junta, Luciano Menendez, 83, juga dihukum penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kesalahan jenayah kemanusiaan ketika mengetuai angkatan tentera di 11 wilayah di negara itu.

Videla memperoleh kuasa ketika mengetuai tentera junta selepas melakukan rampasan kuasa pada 1976 dengan menjatuhkan kerajaan pimpinan
Isabel Peron.

Ketika rejim pemerintahannya, lebih 30,000 orang dilaporkan "hilang" termasuk memasukkan mereka di dalam pesawat ketika waktu malam dan dicampak di tengah laut. 


Beliau menubuhkan 500 pusat tahanan di seluruh Argentina dengan lebih 10,000 ditahan dengan kebanyakannya didera dengan kejam dan dibunuh.

Kerajaan tentera itu tumbang pada 1983, setahun selepas pengganti Videla, Leopoldo Galtieri gagal dalam peperangan dengan Britain bagi mendapatkan Pulau Falkland. - AFP

Korban taun di Haiti cecah 2,600 orang... BALA DI DUNIA!!!

ST 7578 M

Sumber

2010/12/23

PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat wabak taun di negara Caribbean, Haiti sejak pertengahan Oktober lalu kini melonjak kepada 2,591 orang, angka terbaru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Haiti, hari ini.

Sehingga 17 Disember, rekod menunjukkan 121,518 penduduk sudah dirawat kerana menghidap taun, termasuk 63,711 dirawat di hospital. 


--------------------

info tambahan : sumber

Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.

Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .
Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteriaVibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. 

Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta?? DS ROSMAH WANITA PERTAMA? BUKAN PERMAISURI AGUNG?

ST 7578 M
 SUMBER


Regina Lee
Dis 22, 10
4:19pm
Kongsi 1296
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.